Monday, November 15, 2010

-perlukah kekecewaan itu-

andai,
kerinduan itu dapat diungkap kembali,
pasti segala perancangan kan ku pegang erat,
tidak akan ada yang mampu menggugat,
kecuali dengan takdir dariNYA..

namun,
ia sekadar mimpi di siang hari cuma,
kepastian itu tidak mungkin tiba,
lantaran hanya kerana kekecewaan yang menghantui kini..

perlukah,
meratapi kekecewaan itu?
haruskah,
menangisi takdir yang terjadi?
perlukah,
kekecewaan itu??

amarah yang membungkam,
disimpan dan dipegang utuh,
namun,
setahap mana kesabaran mampu diikat??
dek kerana kehidupan yang terlalu janggal,
harus menerima dengan lapang.
aku mampu,
namun hingga manakah kemampuan itu xkan tercabar??

perlukah,
kekecewaan ini diluah?
haruskah,
kekecewaan ini diungkit?atau...
perlukah,
kekecewaan ini dibiar??

mampukah aku,
sekadar insan biasa,
menahan segala kekecewaan itu??

.....................................ku kembali pada maha pencipta;

Ya Allah,
hanya padamu ku mampu mengadu,
hanya padamu mampu ku meratap tangis,
kerana hanya Engkau yang maha mengetahui,
setiap langkah diari hidup yang ku tulis,
hanya engkau maha memahami..

Ya Allah,
kesyukuran itu masih mampu diungkap,
lantaran keimanan itu masih kuat..
walaupun kekecewaan sering menghantui,
namun ku kembali padaMU penciptaku..
mohon kekuatan n ketabahan hati,
rendahkanlah hati ini serendah-rendahnya,
jika ini takdirMU,
ku pasrahkan hati,
kerna ku yakini tiap perancanganMU adalah hikmah kan menanti..
Syukran Ya Rabb..


hak cipta terpelihara (c) wanza

No comments:

Post a Comment