Monday, November 8, 2010

-Alhamdulillah-

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERATURAN MENDUDUKI UJIAN MTeST 2010

TAHNIAH! Anda berjaya dipanggil untuk menduduki MTeST .Sebagai seorang bakal guru, anda mesti mempunyai perwatakan dan penampilan diri yang sesuai dengan profesion keguruan. Di sini digariskan peraturan yang perlu anda turuti sebagai persediaan untuk menduduki ujian tersebut di atas. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh menyebabkan anda dilarang daripada menduduki ujian. Sila ambil perhatian dan tindakan kepada perkara-perkara berikut :

1.       Sila bawa perkara-perkara berikut ke pusat ujian :
a.     Kad Pengenalan Diri/ MyKad
b.     Tiket Panggilan MTeST yang dicetak melalui internet.
c.     Pensel 2B dan pemadam

2.       Anda mestilah berpakaian kemas dan sesuai dengan etika profesion keguruan.

Penampilan dan pakaian lelaki:

a.         Berpakaian formal, sesuai dan kemas iaitu bertali leher, berseluar panjang dengan berbaju kemeja. Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.
b.         Memakai kasut dan berstokin. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.
c.         Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Fesyen rambut tidak keterlaluan dan tidak diwarnakan.

Penampilan dan pakaian perempuan:

a.       Berpakaian formal, sopan, kemas, sesuai dan tidak menjolok mata. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.
b.       Baju mesti berlengan panjang dan tidak ketat sehingga menunjukkan bentuk tubuh badan. Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.
c.       Solekan, aksesori dan pewangi adalah sederhana sahaja.
d.         Fesyen rambut tidak keterlaluan dan tidak diwarnakan.

3.       Bahan-bahan berikut  tidak  dibenarkan dibawa masuk atau keluar daripada bilik ujian
a.       Membawa masuk apa jua buku, kamus, telefon bimbit, alat perakam, kalkulator, kamera, kertas dan barang lain yang dilarang ke dalam bilik ujian.
b.       Membawa keluar buku soalan, kertas jawapan berkomputer atau kertas kira kasar pada bila-bila masa.

4.       Perbuatan berikut adalah dilarang semasa ujian:
a.       Meniru.
b.       Mengambil ujian untuk orang lain.
c.       Memberi atau menerima pertolongan semasa ujian.
d.       Membuat sebarang komunikasi (bercakap, berbisik, memberi isyarat dan sebagainya).
e.         Menyalin soalan sama ada secara menulis atau elektronik.

5.       Sila berada 30 minit sebelum masa ujian. Calon yang datang lewat lebih daripada 15 minit selepas masa ujian bermula tidak akan dibenar masuk menduduki ujian.


Dengan arahan

Pengarah
Bahagian Pendidikan Guru

November 2010

 
13 NOVEMBER 2010

MASA UJIAN
9.00 PAGI

NAMA DAN ALAMAT KOD DAN NAMA PUSAT
******* BT *****
NO *** JALAN 10
TAMAN *******
70400, SEREMBAN NEGERI SEMBILAN
TEMPAT UJIAN
N207
SMK DATO SHAHARDIN
71900, LABU
NEGERI SEMBILAN
 KURSUS PILIHAN
A210A0000L - BAHASA ARAB (KPLI j-QAF)
 
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
PUTRAJAYA
TIKET PANGGILAN UJIAN
UJIAN PEMILIHAN CALON GURU MALAYSIA
MALAYSIAN TEACHER SELECTION TEST (MTeST)

Sukacita dimaklumkan bahawa anda layak mengambil Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (MTeST)
1.Sila bawa tiket ini bersama kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri yang diiktiraf.
2.Sila rujuk Panduan Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (MTeST) yang dikepilkan.
3.Sila bawa bersama
Permohonan menukar pusat ujian
4.Sila berada 30 minit
5.Calon hendaklah berpakaian kemas dan sesuai dengan profesion perguruan ketika menghadiri ujian.
PERHATIAN: Ujian ini akan ditadbir serentak di seluruh negara pada tarikh yang ditetapkan sahaja.
TARIKH UJIAN

No comments:

Post a Comment