Tuesday, July 19, 2011

~bila SOLAT diabaikan~

Salam pembuka bicara buat pembaca2 semua..hari ini saya terpanggil utk berkongsi satu cerita yang begitu memeningkan kepala saya sendiri..hidup berjiran...ade yg perlu di ambil kisah,dan ada juga yang tidak..terutama bila melibatkan hal2 rumahtangga suami isteri..dan itulah yang sedang berlaku sekarang..

Jiran saya merupakan 1 kerjaya dgn suami..baru berpindah bersebelahan rumah saya..Pada mulanya hubungan antara kami baik..terutama dgn si isteri..mereka hidup bertiga..si suami,si isteri dan seorang anak lelaki..

Entah macam mana bermula satu tragedi..fitnah memfitnah..keluarga saya dipersalahkan dan dituduh menghuru-harakan rumahtangga mereka..sedangkan seikhlas dan sejujurnya saya sendiri xpernah bertanyakan hal rumahtangga mereka.sebaliknya pasangan mereka sendiri yang datang berjumpa saya dan menceritakan kehidupan mereka yg sentiasa begaduh..

Dipendekkan cerita, berlakulah satu pertelingkahan kecil antara kami..namun dek kerana kami masih berfikiran waras,kami menyelesaikannya secara profesional..usahlah rasanya untuk bergaduh kalau kita memang tidak pernah menghuru-harakan mereka..Allah maha mengetahui,.dan si isteri sendiri datang membetulkan keadaan mengatakan mereka sejak dari awal lagi sentiasa bergaduh..jadi????

Terbaru, si isteri yang sarat mengandung dimasukkan ke wad disebabkan masalah kandungan..namun si suami yang mungkin layak dikatakan tidak berhati perut telah menduakan si isteri di depan mata kami dan juga jiran-jiran yang lain..Jadi persoalannya disini ialah, adakah kami sahaja yang celik dan yang lain buta?mengapa kami dituduh menghuru-harakan keluarga mereka??

Simpatinya disini ialah nasib si isteri dan juga anak lelakinya serta anak dalam kandungan..dimana silapnya untuk setiap apa yg telah berlaku dalam rumahtangga mereka?Bila disiasat, rupanya SOLAT diabaikan dan langsung tidak ditunaikan..jika SOLAT diabai, bagaimana cara utk mengadu dan berdoa supaya rumahtangga menjadi aman???

Saya sejujurnya tidak mampu utk membiarkan keadaan ini berlaku, kerana sepanjang pengalaman saya semasa belajar jurusan undang2 dan juga telah banyak terlibat dengan kes rumahtangga di tempat praktikal,itulah yang membuat hati saya menjadi sakit dek perbuatan seorang lelaki yang bergelar suami yang layak dipanggil HANTU dan KEJAM kepada isteri dan juga anak!Dimana kewarasan fikirannya sebagai seorang SUAMI,AYAH dan MENANTU???Sengaja saya keluarkan perkataan MENANTU disini kerana dengan mata kepala saya sendri yang menyaksikan seorang MENANTU telah menghalau dan menghina MERTUANYA sendiri..Dajalkah perbuatannya itu membiarkah hati seorang ibu menangis dan mengalirkan air mata dgn perbuatan syaitan menantu??

Maaf jika perkataan saya itu terlalu kasar..namun itulah hakikatnya yang layak digelar kepada lelaki sebegitu..saya ingin bertanya pembaca semua...terutama si isteri2..apa perasaan anda bila si suami berSMS dgn girlfriendnya berSAYANG-SAYANG??lebih sakit lagi bila si suami berjanji dgn girlfriendnya itu utk berkahwin???apa kejadahnya lelaki sebegitu??nak menyara seorang isteri dan anak pun tidak mampu,inikan nak berkahwin dua???

Baru sekejap tadi si isteri menghubungi saya memberitahu kisah yg lagi menyedihkan dan lagi menampakkan kehjahilan seorang lelaki!!Dan sekarang ni disaat ini..19 July 2011..si isteri seperti seorang banduan yang cuba berusaha utk melarikan diri bersama anak dan juga kandungannya dari si suami yang begitu kejam yang dulu pernah mencekik dan cuba utk membunuhnya..

Saya sebagai seorang jiran dan mungkin sebagai seorang kakak cuma mampu berdoa moga si isteri dapat menyelamatkan diri dan dapat keluar dari rumah neraka itu yang penuh dgn kemaksiatan..kenapa saya keluarkan perkataan "Kemakasitan"??Tuan dan Puan pembaca mungkin boleh mengagaknya sendiri..

Sekejap lagi jika diizinkan Allah, saya akan cuba membantu apa yang mampu bagi mengeluarkan si isteri dari terus diseksa jiwa dan raga oleh si suami yang tidak berhati perut itu..saya mohon jasa baik semua doakan agar si isteri dalam keadaan selamat bersama anak dan kandungannya..dan mohon Allah yang maha berkuasa utk menunjukkan kekuasaanNya kepada si suami dan juga girlfriendnya itu yang tiada hati dan perasaan sanggup meruntuhkan rumahtangga orang lain..persoalannya disini,bila saya menyatakan "girlfriend"..siapa yg sebenarnya org ketiga yg menghuru-harakan mereka?kami atau "girlfriendnya"??

Akhir kalam,mohon Allah berikan hidayah kepada si suami agar kembali ke jalan yang benar..benarlah...jika SOLAT diabaikan..semua perjalanan hidup kita yg lain akan huru hara..kerana SOLAT ITU ADALAH TIANG AGAMA...wallahua'lam.

Monday, July 11, 2011

-Puding Koktail Berkuah-





(cara membuat puding)

bahan A1 bungkus agar2
5 gelas air
1/2 cwn gula
pewarna (hijau)
-masak hingga hancur agar2.kmdn msukkan gula dan masak hingga sebati.
bahan B1 cwn tepung jagung
4 cwn air
sedikit garam
1 tin susu cair
-kacau hingga sebati tepung jagung,air dan sedikit garam.kmdn masukkan ke dlm bahan A yg masih diatas dapur. kmdn masukkan susu cair kmdn terus padamkan api, kmdn tuangkan kedalam acuan.
(cara membuat kuahnye)
3 sudu tepung jagung
3 cwn air
3 cwn gula (tp blh d kurangkan, ikut suka)
2 tin susu cair
sedikit esen vanila
-kacau tepung jagung dan air, kmdn masak atas api hingga mendidih. msukkan gula, biarkan sebati dan mendidih. msukkan susu cair dan esen vanila, kacau dan padamkan api.(jgn smpi m'didih).
-bahan tambahan: cocktail>buahan campuran


~SELAMAT MENCUBA~

Thursday, July 7, 2011

~Salam Syaaban~

Salam Ukhwah

Assalamualaikum buat sahabat2 zaa..lamanya xupdate blog nie...seriously, mmg bizi ngat..nk online pun, ade ms kekadang jer..biasala kan..komitmen terlalu byk ngat..spnjg xupdate ni,byk ceritera yg berlaku..sedih+gembira+kecewa...

Apepun,semua itu adalah dugaan dariNya yg perlu kita redha...so, di kesempatan yg ade nie..selamat menyambut bulan Syaaban..xlama lagi Ramadhan kan menjelma..dh bersedia ker???he3...bagi yg kena ganti pose utk bayaran fidyah tahun ni ialah RM1.80 utk sehari..lau 3hr tinggal means 1.80 x 3...:-)

So, ms terluang ni, zaa nk share ckt citer2 lepas..Bulan lepas my mum dtg Seremban..menjelajah dari umh bro kt Kuantan,then dtg Seremban n ke Jb umh 2nd brother..thanks mum!p xsmpt nk bwak ma pegi mn2..cz ma dtg pon 2mlm jer..lgpun hubby lak keje shift..zaa lak keje..yg dpt bwak pon g Seremban Parade..tu pon kebetulan hubby ade pertandingan bowling..xpela..bln9 t abg zaa konvo kt ukm..my mum dtg.t ley la bwak jejalan..

Then,about my baby..hari ni genap umor dia 1 thun 27 hari..dh bley jalan dh pun..sonok ngat tgok..ms g KLIA anta family g umrah..adoiii xlarat nk kejar..bis sume tempat dia pegi...pepun....syukur sgt cz my baby chat...

05.07.2011 ritu bufday my hubby..HAPPY BIRTHDAY SYG...hadiah dh dpt kan?:-)

Then...yg paling menyedihkan n terlalu kecewa..rasanya xperlu kot utk dikongsi d cni..cuma ape yg bley d gtaw..kecewa ngat ng sikap manusia skg..membuat fitnah yg ntah ape2...last2 skg dia yg malu sdiri..terima kasih laaa yer utk fitnah tu..sy doakan awk bahagia n diberi petunjuk n hidayah dariNYA..sdr2 la kesilapan n dosa awk yg bertimbun2 tu..hu3...len x, periksa dlu b4 nk tduh org bukan2..kang skg awk gk yg malu..

Ok laa..xde mood la nk story lg..zaa nk buat keje ckt...

Cuma skg kt sekolah..23hb t sukan tahunan sekolah..so,twice per week kena buat lthn sukan dr 3-5.30pm..n zaa Rumah Hijau..Go Hijau Go...

Last one...take care to all my frenz k...1 pesanan:

~bila sedih>cuba SABAR.bila marah>cuba COOL & ISTIGHFAR.bila org salah faham>cuba JUMPA n SELESAIKAN.jika org sakit hati>cuba TERIMA n MUHASABAH DIRI.bila diduga>cuba REDHA n SOLAT HAJAT. bila org sakitkan hati>cuba MAAFKAN.bila org dengki>cuba SENYUM n BERKAWAN BAIK.....INSYAALLAH>>>hidup sentiasa dalam kebahagiaan n Allah sentiasa bersama