Thursday, November 11, 2010


MEMPERSIAPKAN BEKALAN UNTUK KESELAMATAN AKHIRAT
D alam sebuah hadith, Rasulullah s.a.w ada menyebutkan bahawa dunia yang kita
huni sekarang ini adalah ladang akhirat, dalam erti bahawa dunia ini adalah tempat
bercucuk tanam (yakni menanam tanaman yang baik berupa amal salih), sedangkan
akhirat adalah tempat memetik hasilnya. Akhirat bukan lagi tempat kita bekerja, tempat ia
adalah tempat untuk menikmati hasil usaha yang kita lakukan semasa di dunia.

Kesempatan beramal salih atau bekerja hanyalah di dunia.
T empoh kehidupan manusia di dunia ini pula ada hadnya. Allah SWT mengurniakan
umur yang berbeza di kalangan manusia. Sebab itu jika kita menginsafi dan meneliti
peredaran hidup ini, maka dapat kita simpulkan, sepertimana sebuah peribahasa berbunyi:
“Tahun-tahun kehidupan sentiasa bertambah, sedangkan umur kian berkurang”.
 “Tiap-tiap umat(Surah Al-A’raaf : 281).
Perlulah selalu diingat bahawa setiap detik dan masa berlalu sebenarnya adalah
umur kita yang berlalu pergi. Bermakna dari hari ke hari umur kita semakin berkurang dan
ajal kita semakin mendekat, sedangkan kematian itu pula berlaku tepat pada masanya.
Apabila sampai waktu yang ditetapkan Allah SWT, maka malaikat Izrail akan melaksanakan
tugasnya tanpa bertangguh sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
mempunyai ajal; maka apabila telah datang ajalnya, mereka tidak dapat mengundurkannya
barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya”.
  (Surah Al-Baqarah: 281).

“Takutlah kamu menghadapi suatu hari di mana kamu sekalian akan dikembalikan kepada
Allah”.
  (Surah Fathir: 37).

“Apakah tidak Kami panjangkan sudah umur kamu, dalam waktu di mana kamu bisa
mengingat bagi mereka yang mahu ingat. Dan telah datang kepadamu yang memberikan
teguran dan perhatian”.
 “Barangsiapa yang usianya telah.
P e rhatikan juga sabda Nabi s.a.w bermaksud:
mencapai 40 tahun, tetapi kebaikannya tidak dapat mengalahkan kejahatannya (yakni masih
lebih banyak cenderung ke arah kejahatan dari kebaikan), maka bersiap sedialah mengambil
(menempah) tempat di neraka”.
 “Berapakah umur anda (sekarang)?” lelaki itu menjawab “sudahFudhail lantas berkata, “agak panjang juga umur anda. Anda sekarangMendengar perkataan Fudhail itu,Innalillahi wa inna ilaihi raaji’un. Fudhail“apakah tafsir perkataan ini?”. Lelaki tersebut menjawab, Setelah lelaki itu menerangkan“kalau sudah begitu, apakah helah (jalanJawab Fudahil, “mudah sahaja, iaitu anda cuba memperbaiki penggunaan.
  “Yang akan mengikuti mayat (semasa dihantar ke perkuburan) tiga(HR. al-Bukhari & Muslim).
“tafsirnya ialah barangsiapa mengetahui bahawa ia hamba Allah dan akan kembali kepada-
Nya, maka hendaklah ia mengetahui bahawa ia akan menghadapi banyak soalan, kalau ia
disoal, maka ia hendaklah menyediakan jawapannya”.
sedemikian rupa, lelaki tersebut berkata :
penyelesaiannya)?.
waktu yang masih ada lagi itu, semoga berjaya mendapat keampunan (dari Allah SWT)
terhadap (dosa/kesalahan) yang telah anda lakukan. Tetapi kalau anda masih melakukan
(perbuatan) yang keji atau lalai di dalam jangka waktu pendek yang masih ada itu, anda akan
diseksa kerana perbuatan yang lalu dan juga yang akan datang”.


T idak ada manusia yang tidak berbuat kesilapan dan sebagai makhluk yang lemah,
manusia tidak sunyi dari berbuat dosa, maka apabila waktu atau masa dalam hidup yang
sangat berharga ini telah terlanjur disia-siakan dan telah banyak terbuang percuma, maka
adalah satu kebijaksanaan apabila baki umur yang masih tinggal ini kita rebut segala
kesempatan yang masih ada untuk melakukan kebaktian kepada Allah SWT., mensyukuri
segala nikmat dan limpah kurnia-Nya yang tidak terhitung banyaknya.

Wajarkah kita masih membuang-buang waktu, sedangkan masa untuk kita mengolah
modal dalam hidup ini semakin lama semakin sempit atau kian mendesak. Layakkah kita
masih bersikap acuh tak acuh dalam menanggapi persoalan yang sangat serius ini?

Mari kita insafi bahawa kubur itu adalah pengalaman atau persinggahan pertama
kita dari apa yang akan kita alami sesudah mati. Ibnu Majah ada meriwayatkan bahawa
Saidina Uthman bin Affan apabila berada di atas atau kawasan perkuburan, beliau
menangis tersedu-sedu hingga basah keseluruhan janggutnya. Pernah seseorang bertanya
beliau, “Tuan ingat neraka, tuan tidak menangis. Tetapi tuan menangis kerana melihat
kubur, mengapa demikian? Jawab Uthman, saya menangis kerana takutkan peringatan dari
sabda Nabi s.a.w bermaksud: “Sesungguhnya kubur itu adalah tempat pertama dari
tempat-tempat di akhirat. Jika seseorang selamat daripadanya, maka keadaan (proses)
berikutnya akan lebih mudah baginya. Tetapi jika seseorang tidak selamat di tempat yang
pertama (kubur) itu, maka keadaan (proses) berikutnya akan jadi lebih buruk/sukar
baginya”.

Dalam hal ini, Abu Bakar As-Siddiq juga pernah mengingatkan dengan ungkapannya:
“Barangsiapa yang masuk kubur (alam barzah) tanpa perbekalan (berupa amal salih),
maka seolah-olah ia belayar di lautan tanpa perahu/sampan”.

Oleh itu, selagi umur kita masih ada dan Allah masih memberi waktu hidup kepada
kita, maka sebelum nyawa berpisah dari badan, bersegeralah ruju’ kepada Allah SWT yakni
bertaubat sekiranya terlanjur berbuat dosa, hindarkan diri dari maksiat, perbanyakkanlah
amal kebajikan dan sentiasa bersiap dengan perbekalan. Kerana seandainya maut datang
secara mengejut, kita sudah punya persiapan untuk berpulang. Perhatikan sabda Nabi
s.a.w bermaksud:
perkara : kaum keluarganya, hartanya dan amalannya. Dua perkara akan pulang (kembali ke
rumah) iaitu kaum keluarga dan hartabendanya. Satu sahaja yang tinggal (akan ikut
bersamanya ke alam barzah) iaitulah amal kebajikannya”.
 “Wahai anakku, sesungguhnya dunia ini lautan yang dalam, di mana telah. Oleh kerana itu, jadikanlah taqwa (kepada Allah).
Hadith di atas menjelaskan kepada kita bahawa amalan baik itulah satu-satunya
kawan yang paling setia yang tetap akan menemani kita di alam barzah. Maka amat
wajarlah jika amal kebajikan itu kita beri keutamaan demi kepentingan kita di hari
kemudian, dan janganlah hendaknya kita dipengaruhi oleh apa jua pun sehingga
meninggalkannya (yakni amal salih), apakah itu akibat pengaruh harta atau kaum keluarga.

Y ang dikatakan amal salih itu ialah menunaikan apa juga hak Allah dan segala hak
hamba-Nya. Inilah yang dimaksud dengan taqwa. Kebanyakan ulama mendefinisikan
taqwa itu secara ringkas iaitu melaksanakan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa
jua yang menjadi larangan-Nya. Hendaknya kita menjadikan taqwa ini sebagai bahtera
keselamatan dalam mengharungi dan melayari samudera hidup ini yang deras arusnya dan
penuh dengan gelombang berbahaya. Luqmanul Hakim pernah menasihati putranya
bermaksud:
banyak manusia yang tenggelam/karam
sebagai bahtera keselamatanmu di dalamnya”.
 “Orang yang cerdik adalah mereka yang sukai. Adapun orang(HR. al-Tirmizi, Ahmad
Sesungguhnya hidup ini terlalu singkat masanya, maka bersegeralah kita meneliti apa
yang sepantasnya kita isi dan mesti dilakukan dengan sisa hidup yang masih tinggal ini.
Renungkan sabda Nabi s.a.w bermaksud:
memperhitungkan dirinya dan beramal untuk keselamatannya sesudah mati
yang lemah (bodoh) pula ialah orang yang selalu mengikut runtunan hawa nafsunya dan ia
berangan-angan (yakni mendapat kurniaan Allah tanpa beramal)”.
dan Ibnu Majah).
S eseorang yang telah dikurniakan umur sampai 60 tahun misalnya, namun belum
juga lagi menyedari erti kehidupan ini, hatinya tidak tergerak untuk berbuat taat kepada
Allah S.W.T. dalam usia senjanya itu, malah masih saja menentang dan derhaka serta tidak
tergerak untuk bertaubat kepada Allah SWT sampai ajalnya, maka tipislah harapan untuk
meraih santunan. Nabi s.a.w bersabda bermaksud: “Tidaklah Allah menerima uzur
terhadap seseorang yang sudah diberikan tempoh hidupnya sampai umur 60 tahun”.

S e orang ‘ulama’ tasauf bernama Fudhail bin ‘Iyadh rahimahullah pernah berkata
kepada seorang lelaki :
enam puluh tahun”.
dalam perjalanan menemui Tuhan dan hampir sampai”.
termenunglah lelaki berkenaan, seraya berkata :
kemudiannya bertanya,
Barangkali terdapat sebahagian manusia beranggapan yang kematian itu adalah soal
biasa, di mana setiap manusia pasti akan menempuhnya. Tetapi ingat, tidak sedikit orang
yang takut mati mengenang dosa-dosanya yang bertompok dan akan berpisahnya dengan
segala yang dicintai. Apa yang perlu menjadi perhatian kita ialah apabila seseorang
kedatangan ajal, bermakna terputuslah sudah segala kesempatan dan usaha untuk
berbuat ketaatan dan amal kebajikan di dunia ini. Tertutup pulalah sudah pintu taubat.

Haruslah kita insafi bahawa hidup ini adalah kesempatan termahal dan satu-satunya modal
untuk mencapai kebahagiaan dan keselamatan sesudah mati. Jika modal berupa nikmat
kehidupan di dunia ini tidak mampu kita olah dengan baik, dalam erti tidak mempersiapkan
bekal menjelang mati, apalagi jika kesempatan emas hidup di dunia ini disalah gunakan
yakni dengan melakukan perbuatan yang bisa membawa kebinasaan di alam kubur dan di
akhirat, maka alangkah menyesalnya nanti, iaitu apabila di saat kita harus
mempertanggung jawabkan apa jua kegiatan kehidupan dunia ini di hadapan Pengadilan
Agung Rabbul Jalil. Di saat itulah dipertanyakan segala nikmat yang pernah dikecapi, dari
mana didapat dan ke mana dibelanjakan/dipergunakan, umur yang diberi untuk apa
dihabiskan, demikian juga masa muda dan penggunaan ilmu. Firman Allah SWT bermaksud:

Sebab itu sewajarnya kita sentiasa memuhasabah diri, iaitu tentang apakah
persiapan yang kita telah perbuat untuk menghadapi datangnya hari yang sudah pasti
terjadi kepada setiap kita, yakni hari kita kembali kepada Allah untuk mempertanggungkan
segala perbuatan kita sepanjang hidup di dunia. Ingatlah firman Allah SWT bermaksud:
.



Drs. Wan Aminurrashid W. Abd. Hamid

No comments:

Post a Comment