Thursday, September 30, 2010

-resipi dessert-



Bahan-bahan

  • Agar-agar satu peket
  • Air penuhkan 3/4 periuk (periuk yg saiz 'sedang')
  • Gula pasir secukup manis/rasa
  • Daun pandan sehelai dua
  • 2 biji telur ayam
  • 2 cawan santan pekat
  • Sedikit pewarna hijau

Cara-cara

  1. Basuh agar2 dan masukkan dlm periuk yg diletak air 3/4 penuh.

  2. masukkan juga gula pasir, daun pandan dan pewarna hijau ke dalam periuk dan biar mengelegak sampai agar2 hancur lebur

  3. Di satu mangkuk yg lain. Masukkan santan dan telur. Satukan hingga sebati.

  4. Apabila agar2 yg dlm periuk tadi betul2 dah hancur lebur, masukkan campuran santan dan telur tadi.

  5. Biarkan bhn menggelegak sekali sahaja, kacau dan tutup api.

  6. Masukkan dlm bekas yg disukai / loyang... biarkan sejuk dan boleh makan.

Puding Jagung

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan jagung manis
  • 3/4 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan susu cair
  • Koktail buah

Cara-cara

  1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
  2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah koktail dll.

No comments:

Post a Comment