Tuesday, July 19, 2011

~bila SOLAT diabaikan~

Salam pembuka bicara buat pembaca2 semua..hari ini saya terpanggil utk berkongsi satu cerita yang begitu memeningkan kepala saya sendiri..hidup berjiran...ade yg perlu di ambil kisah,dan ada juga yang tidak..terutama bila melibatkan hal2 rumahtangga suami isteri..dan itulah yang sedang berlaku sekarang..

Jiran saya merupakan 1 kerjaya dgn suami..baru berpindah bersebelahan rumah saya..Pada mulanya hubungan antara kami baik..terutama dgn si isteri..mereka hidup bertiga..si suami,si isteri dan seorang anak lelaki..

Entah macam mana bermula satu tragedi..fitnah memfitnah..keluarga saya dipersalahkan dan dituduh menghuru-harakan rumahtangga mereka..sedangkan seikhlas dan sejujurnya saya sendiri xpernah bertanyakan hal rumahtangga mereka.sebaliknya pasangan mereka sendiri yang datang berjumpa saya dan menceritakan kehidupan mereka yg sentiasa begaduh..

Dipendekkan cerita, berlakulah satu pertelingkahan kecil antara kami..namun dek kerana kami masih berfikiran waras,kami menyelesaikannya secara profesional..usahlah rasanya untuk bergaduh kalau kita memang tidak pernah menghuru-harakan mereka..Allah maha mengetahui,.dan si isteri sendiri datang membetulkan keadaan mengatakan mereka sejak dari awal lagi sentiasa bergaduh..jadi????

Terbaru, si isteri yang sarat mengandung dimasukkan ke wad disebabkan masalah kandungan..namun si suami yang mungkin layak dikatakan tidak berhati perut telah menduakan si isteri di depan mata kami dan juga jiran-jiran yang lain..Jadi persoalannya disini ialah, adakah kami sahaja yang celik dan yang lain buta?mengapa kami dituduh menghuru-harakan keluarga mereka??

Simpatinya disini ialah nasib si isteri dan juga anak lelakinya serta anak dalam kandungan..dimana silapnya untuk setiap apa yg telah berlaku dalam rumahtangga mereka?Bila disiasat, rupanya SOLAT diabaikan dan langsung tidak ditunaikan..jika SOLAT diabai, bagaimana cara utk mengadu dan berdoa supaya rumahtangga menjadi aman???

Saya sejujurnya tidak mampu utk membiarkan keadaan ini berlaku, kerana sepanjang pengalaman saya semasa belajar jurusan undang2 dan juga telah banyak terlibat dengan kes rumahtangga di tempat praktikal,itulah yang membuat hati saya menjadi sakit dek perbuatan seorang lelaki yang bergelar suami yang layak dipanggil HANTU dan KEJAM kepada isteri dan juga anak!Dimana kewarasan fikirannya sebagai seorang SUAMI,AYAH dan MENANTU???Sengaja saya keluarkan perkataan MENANTU disini kerana dengan mata kepala saya sendri yang menyaksikan seorang MENANTU telah menghalau dan menghina MERTUANYA sendiri..Dajalkah perbuatannya itu membiarkah hati seorang ibu menangis dan mengalirkan air mata dgn perbuatan syaitan menantu??

Maaf jika perkataan saya itu terlalu kasar..namun itulah hakikatnya yang layak digelar kepada lelaki sebegitu..saya ingin bertanya pembaca semua...terutama si isteri2..apa perasaan anda bila si suami berSMS dgn girlfriendnya berSAYANG-SAYANG??lebih sakit lagi bila si suami berjanji dgn girlfriendnya itu utk berkahwin???apa kejadahnya lelaki sebegitu??nak menyara seorang isteri dan anak pun tidak mampu,inikan nak berkahwin dua???

Baru sekejap tadi si isteri menghubungi saya memberitahu kisah yg lagi menyedihkan dan lagi menampakkan kehjahilan seorang lelaki!!Dan sekarang ni disaat ini..19 July 2011..si isteri seperti seorang banduan yang cuba berusaha utk melarikan diri bersama anak dan juga kandungannya dari si suami yang begitu kejam yang dulu pernah mencekik dan cuba utk membunuhnya..

Saya sebagai seorang jiran dan mungkin sebagai seorang kakak cuma mampu berdoa moga si isteri dapat menyelamatkan diri dan dapat keluar dari rumah neraka itu yang penuh dgn kemaksiatan..kenapa saya keluarkan perkataan "Kemakasitan"??Tuan dan Puan pembaca mungkin boleh mengagaknya sendiri..

Sekejap lagi jika diizinkan Allah, saya akan cuba membantu apa yang mampu bagi mengeluarkan si isteri dari terus diseksa jiwa dan raga oleh si suami yang tidak berhati perut itu..saya mohon jasa baik semua doakan agar si isteri dalam keadaan selamat bersama anak dan kandungannya..dan mohon Allah yang maha berkuasa utk menunjukkan kekuasaanNya kepada si suami dan juga girlfriendnya itu yang tiada hati dan perasaan sanggup meruntuhkan rumahtangga orang lain..persoalannya disini,bila saya menyatakan "girlfriend"..siapa yg sebenarnya org ketiga yg menghuru-harakan mereka?kami atau "girlfriendnya"??

Akhir kalam,mohon Allah berikan hidayah kepada si suami agar kembali ke jalan yang benar..benarlah...jika SOLAT diabaikan..semua perjalanan hidup kita yg lain akan huru hara..kerana SOLAT ITU ADALAH TIANG AGAMA...wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment