Friday, November 12, 2010

-suatu kisah ceritera cinta-

Salam kenangan buat seseorang yg pernah bergelar sahabat pada tahun 1997-maybe sehingga sekarang..

Dia adalah seorang sahabat yg paling istimewa dalam hidupku n keluargaku seketika dulu..Yazid Lee Abdullah..dialah sahabat kami sekeluarga..mungkin buatku adalah sahabat..n untuk keluargaku,dia adalah anak angkat mak n abahku..

Dia memeluk agama Islam dengan kerelaan hatinya sendiri..tapi sayang,dia hanyut tanpa petunjuk..disebabkan itulah n disebabkan cintanya telah dikecewakan, sepupuku Shaari telah membawa dia balik ke negeri Kelantan,dan ke kampung aku..dan dari situlah kami saling mengenali..mungkin di ketika itu sebagai abang..

Dia terlalu baik hati, suka menolong orang2 kampung, peramah..sehinggakan ramai yg berkenan untuk jadikan dia sebagai menantu..Yazid..ceruk mana yg xmengenali dia di kampung itu..semua org kampung menerima dia sbgai org baru di kampung tu dgn hati yg terbuka..

Tak terkecuali keluargaku..mak n abahku melayan dia seperti anak sendiri..setiap petang pasti dia akan datang ke rumahku..kalau ada yg perlu dibantu,dia dengan murah hati akan menolong..walau apa saja perkara..

Sehinggalah wujudnya suatu perasaan yang aneh dari dia terhadap aku..sejujurnya aku xpernah menyukai dia..dia ku anggap sekadar abang..dari hari ke hari perasaan hormat bertukar benci..ya..aku bencikan dia..YAZID! aku masih ingat lagi,di suatu petang dia datang ke rumah menanyakan tntg mak aku,p aku sedikitpun xmenjawab pertanyaan dia..mempelawa dia masuk ke dalam rumah pun tidak..pergilah dia dgn hati yg mungkin terluka dgn sikapku..jahat kan aku nie??

Masih ku ingat..ade sorang makcik di kampungku ingin menjodohkan anak perempuannya dengan Yazid, tapi Yazid menolak dgn alasan dia cintakan aku..sampaikan antara makcik tu dgn keluargaku bermasam muka..what is the problem??aku  xsukakan Yazid..so what??kenapa nak salahkan aku??

Hari berganti hari, detik berganti masa,,sehinggalah terbitnya satu kelainan dalam hatiku..apakah???apakah aku sudah jatuh cinta dengan Yazid???owhh no!!i dun believe it!!
Benarlah kata orang, jangan terlalu membenci seseorang, kelak ianya akan bertukar sayang..

..................................................

Pada suatu ketika, abang kandung Yazid (juga telah memeluk agama Islam) menyuruh dia pulang ke Kuala Lumpur..Yazid enggan..tapi apakandaya dituruti jua perintah abangnya..sebenarnya kami takut jika dia kembali ke agama asalnya jika dia tinggal di Kuala Lumpur yang bermacam2 cabaran dan dugaan di sana..tapi apadaya,siapalah kami untuk menghalangnya??

Datanglah Yazid untuk kali terkahir ke rumahku sebelum dia berangkat pulang ke Kuala Lumpur..masih segar dalam ingatanku..saat itu dia memakai cermin mata hitam..aku tahu dia ingin menyembunyikan air matanya..saat itu,xdapat aku bayangkan aku terlalu sedih..teramat sedih dgn pemergiannya..
"Abang akan pulang kembali kesini"..itulah kata2 darinya yang sedikit melegakan hatiku..untuk sekian kali, kami menatap mata..hinggalah dia pergi tanpa bayang..

..................................................

Tinggallah hanya kenangan yang sukar dilupakan..sehinggalah pada suatu hari dia menghubungiku..dia ingin membeli sebiji kereta.."ayang suka kereta apa?"..lantas aku menjawab kereta proton warna putih..
Minggu depan..tanpa pengetahuanku dia pulang ke kampung..dan datang kerumah..terkejut bila ku melihat di laman rumahku..sebiji kereta proton berwarna putih.."inilah kereta abang,sama dengan apa yang ayang suka"..xdapat nak dibayangkan waktu itu..betapa aku dihargai..BDR ****..masih ku ingat kereta itu..

Dan dia telah menghadiahkan aku sehelai tudung..sehingga kini ku simpan..memang cantik!!mak aku mintak pun,aku xbagi..

.................................................

Dia kembali semula ke kota Kuala Lumpur..hari berganti hari, minggu berganti minggu,bulan berganti bulan..sehinggalah aku diberitakan oleh sepupuku yang juga sahabat dia,,Yazid ingin bertunang..bagai terjatuh jantungku..sepupuku mengajak ku ke kota untuk menghalang pertunangan itu..namun, mak aku membantah.."biarlah dia bertunang, mungkin itu jodoh dia"..sepupuku menceritakan kisah sebenar, Yazid telah di 'ubatkan' oleh perempuan yg bakal tunang dia..xmengapalah..aku cuba redha..belum lagi berkahwin, cuma bertunang..ku cuba memujuk hatiku sendiri..

Suatu hari, sepupuku datang menemuiku.."Iman, Yazid akan melangsungkan perkahwinan, kalau Iman mahu, ikutlah Shaari ke Kuala Lumpur..kite pergi jumpa Yazid dan halang perkahwinan tu"...air mataku tidak dapat untuk dibendung lagi..ya Allah..apakah semua ini??perlukah aku pergi ke Kuala Lumpur?? mak, tolong Iman mak.."Iman, redhakanlah dia..moga pilihannya adalah tepat untuk membimbing dia"..aku akur dalam keterpaksaan..Ya Allah, aku redha jika ini dugaanMu untukku,moga Yazid akan menemui jodohnya yg dapat membimbing dia kejalanMu..amin!

...................................................

Suatu ketika, aku mendapat berita Yazid pulang ke kampung bersama isterinya..hatiku kembali terusik setelah sekian lama ianya terpadam..segala kenangan bersamanya kembali membayangiku..ya Allah, kuatkan keimananku..lalu, mak aku mengajakku ke rumah sepupuku untuk menemui "pengantin baru"..ya Allah, kuatkah hatiku ini untuk berhadapan dengan insan yang pernah bertakhta dihatiku suatu ketika dulu??tapi kini dia telah menjadi milik insan lain..kuatkah aku??

Dengan langkah yang berat, hati yang masih merindui untuk menatap wajah kesayanganku dulu, ku pergi jua..saat kami menatap dan bertentang mata..segala kenangan dulu kembali menghantui..Ya Allah..apakah semua ini?lontarkanlah semua perasaan itu ya Allah..

Tanpa pengetahuan isterinya,dia datang menemuiku.."Iman, abang nak minta maaf dengan Iman, abang sayangkan Iman, tapi abang xmampu"..."xmengapalah abang, Iman faham, kita dah ditakdirkan untuk xbersama, terimalah dengan redha".."tapi Iman,abang masih sayangkan Iman".."abang, tolong Iman abang, kalau abang sayangkan Iman, Iman pohon abang jadilah seorang suami yang bertanggungjawab ya abang"..

.........................................................

Aku dengan redha cuba melepaskannya..mohon kekuatan dariMu ya Allah..saban tahun..aku mampu untuk melupakan segala kenangan..sehinggalah...........

Hari Raya Aidiladha..tanpa ku sangka dia datang ke rumahku bersama isterinya dan dua orang anaknya..anaknya iras muka dia..aku masih ingat lagi, anak dia datang ke arahku dan bertanya, muka kakak putihlaa macam kami"..

Sewaktu kami bersembang bersama keluargaku, aku dapat perasan satu perkara,,isterinya seolah2 tidak menyukaiku..adakah Yazid menceritakan kisah cinta kami??dan dengan terkejutnya dia tiba2 memerliku.."Yazid memang suka datang sini sebab buah hati dia ada disini"..mak aku dan aku saling berpandangan dengan keadaan yang terkejut..namun wahai hati,bersabarlah!

..................................................................

Aku diterima untuk melanjutkan pelajaran diperingkat Ijazah di Kuala Lumpur..syukur Alhamdulillah..bermulalah kehidupanku sebagai seorang siswi di kota metropolitan itu..
Pada suatu hari, sepupuku Shaari menelefonku..dia ingin menjengukku di kolej..waktu tu, Shaari telah kembali bekerja di Kuala Lumpur..

Pada satu malam. Shaari datanglah ke kolejku..bersama seseorang yg cukup aku kenali.Yazid..kami bersembang seperti biasa..hinggalah selepas pada itu, kami kembali berhubung tanpa pengetahuan sesiapa..tapi sekadar berkawan..kerap kali dia datang menjemputku di kolej untuk pergi bersiar2..kadang2 bersama anak2nya..

..............................................

Sehinggalah tanpa disangka kami telah terputus hubungan sehingga kini..

Yazid, diamanakh dikau??sesungguhnya cinta ini masih wujud..kerana kau adalah cinta pertamaku..aku kan tetap menyintaimu walah ke akhir hayat..

................................................

Setelah sekian lama..aku pendamkan semua itu..pendam dan padamkan segala kenangan..dan sewaktu aku mengubungi mak aku di kampung, mak aku menceritakan mak angkat Yazid rupanya memendamkan perasaan tidak puas hati dia pada keluarga kami.."itulah,kalau x sekarang Yazid dan Iman dah jadi suami isteri dah pun"

Aku pun tidak mengerti apa maksud semua itu..mungkinkah mak Yazid xberkenan dengan pilihan Yazid sekarang??

Yang berlalu biarkanlah..redhakanlah..aku kini pasrah n redha untuk segala ketentuan..buat Yazid kekasih pertama dan akhirku, moga kau bahagia..aku kan setia menyintaimu hingga hayatku walau kau telah menjadi milik insan lain..

Selamat berbahagia..masihkah kita diberi peluang untuk bertemu??

....................TAMAT........................

cerpen : suatu kisah ceritera cinta
penulis: aku
cerita ini tidak ada kaitan dengan sesiapa..hanya satu cerpen dari ilhamku sendiri..selamat membaca..

No comments:

Post a Comment