Wednesday, November 10, 2010

-Tips untuk calon MTEST KPLI-

Info ini berkenaan KPLI. Jika anda terlibat boleh baca, atau
jika tak terlibat, boleh juga baca dan sebarkan kepada rakan-rakan
yang lain yang mungkin terlibat.
=================================================================



Salam Z*****,


Sabtu ni, terdapat 2 exam yang bertembung
iaitu exam PTD dan juga exam Mtest KPLI.


Kenapa ye bertembung?


Adakah ianya disengajakan? Mungkin juga.
Untuk memastikan calon memilih salah satu
kerjaya yang mereka lebih suka sekiranya
terpilih bagi kedua-dua exam ini..


exam MTEST KPLI dan exam PTD


Link semakan panggilan exam Mtest
-->http://kpli.moe.gov.my/mtest11/index.cfm


Ok lah, bagi sesiapa yang bakal hadiri exam
MTEST KPLI Sabtu ni, atau ahli kerluarga, atau
rakan ZAWIAH yang terlibat, ini tip dari
saya, admin kerja-kerajaan...


Saya bongkarkan rahsia MTEST ini! Saya juga ada
pengalaman dalam Mtest ini, dan saya juga pernah
cungkil rahsia dari 'orang misteri' KPLI ini berkenaan
exam MTEST ni...


Tipsnya:

# Pastikan IC, slip menduduki exam, dan alatulis seperti
  pensil, pemadam dibawa semasa exam.

# Datang awal. Kerana calon perlu menyemak nama mereka
  ditempatkan di dewan mana, di bilik mana. Jika lewat
  berkemungkinan calon akan tersilap masuk bilik exam.

# Soalan yang diberikan melibatkan beberapa topik. Matematik,
  Bahasa inggeris,dan beberapa yang lain. Jawapan ada diberikan
  0bjektif...

  - maths - tidak boleh guna kalkulator. Kira-kira biasa saja.
    Macam math tingkatan 1-3. Tak tahu jawapan jangan biar
    kosong - TEMBAK saja!

  - BI - menguji kefahaman, grammar sikit...Buat mana yang
    faham dulu. Yang tak faham tinggal dulu. Kemudian tak
    dapat jawapan juga TEMBAK!

  - Soalan menguji kecekapan minda. Ni tembak saja...Takde
    masa study..Fikir logik dan ikut IQ anda saja.

    Itulah bab glamer dalam exam MTEST. BM, BI, Math..dll.
    Tak perlu pening kepala nak prepare. Yang ni uji anda
    biasa-biasa saja. Tujuannya nak check anda punya basic.
    Dab untuk makluman, markah untuk test ni tak banyak sangat
    berbanding dengan satu lagi TEST yang paling mudah, tapi
    ramai GAGAL.....

    iaitu...

    INSAK test - Test INSAK ini adalah test paling penting
    dan paling tinggi markahnya berbanding dengan test yang
    lain.

    Boleh dikatakan...


    Jika sesiapa gagal test ini, tapi lulus test lain,
    mereka dikira GAGAL. Tetapi, jika mereka LULUS test INSAK
    ini, tapi gagal test lain, mereka LULUS. Itulah hebatnya
    test INSAK ni. Untuk LULUS, calon perlu LULUS test INSAK
    ini. (rahsia dimaklumkan oleh seseorang 'orang misteri' dahulu)

 
    Test INSAK ini - adalah berkenaan soalan-soalan untuk uji
    kemampuan diri, akhlak, tindakan, sifat dalaman, minat dll
    calon terhadap kerjaya guru. Soalannya begitu mudah, tapi
    ramai fail! Jawapan semuanya seakan-akan sama, tapi calon
    perlu memilih yang terbaik.


    Ini penting memilih jawapan terbaik. Ramai terkandas di
    sini. Ramai menjawab soalan dengan begitu jujur mengikut
    keadaan semasa diri mereka. Sepatutnya, mereka perlu
    menjawab soalan-soalan tersebut dengan membayangkan diri
    mereka telah menjadi guru yang baik. Bukannya membayangkan
    diri mereka sebelum menjadi guru.


    Dengan membayangkan diri anda sebagai guru yang baik,
    insyallah anda akan dapat menjawap soalan INSAK ini
    dengan baik. Ingat, LULUS INSAK, maknanya anda boleh
    lulus MTEST ni..


    Jangan biarkan kosong jika anda tak tahu jawapan untuk
    INSAK ni. Tandakan saja mana-mana jika anda tak tahu.
    TEMBAK!

    Nak lihat contoh soalan INSAK? Lihat di bawah:
    -->http://tinyurl.com/insakMtest
    -->http://tinyurl.com/insakMtest2
    -->http://tinyurl.com/insakMtest3


Itulah yang perlu calon tahu. Tak prepare sangat tak mengapa.
Test Mtest untuk KPLI ni tak sesusah exam PTD. Exam Mtest
ni bertujuan nak uji minat, kemampuan dan kebolehan anda
untuk menjadi guru. Fokus pada INSAK test ni..


Saya harap perkongsian tak seberapa ni bermanfaat. Good luck
untuk sesiapa yang terlibat exam PTD dan juga exam Mtest
Sabtu ni..


Sekian..

No comments:

Post a Comment