Salam kemesraan buat semua sahabat diruangan blog..moga semuanya sihat dan sejahtera n sentiasa dibawah lindungan Allah s.w.t
Terdetik dihatiku utk mencoretkan sebuah ceritera kehidupan yg kadang2 berliku, n kekadang kebahagiaan mengiringi..cuma yg termampu diucapkan..syukur n terima kasih ya Allah utk segala anugerahMU ini..aku pasrah utk segala ujian yg Engkau berikan pada kami sekeluarga..sesungguhnya teramat berat bagi kami utk menghadapinya..dari hari ke hari kami menanti dengan penuh pengharapan, namun hingga kini ianya hampa..
Jiwa kami sakit..hati kami pedih..amarah kami membungkam..dek kerana dianiaya oleh sahabat sendiri..pedih dan perit..hanya Engkau yg mengerti..sesungguhnya terlalu perit utk kami lalui..
Namun ya Allah, ternyata dugaanMu kepada kami ada hikmah yg perlu kami fikirkan..Engkau tidak akan memberikan sesuatu ujian pada hambaMu yg Engkau tidak ingati, benarlah..sesungguhnya Allah tidak akan melupakan kepada hamba yg sentiasa mengingatiNYA..dek kerana itulah Engkau anugerahkan kepada kami ujian ini..terima kasih ya Allah..Engkau telah sedarkan kami dari kealpaan..
Kini, kami perlu redha n pasrah pada ujianMu itu..walaupun terlalu sukar utk kami memaafkannya, namun kami perlu laksanakannya..memaafkan kami mampu, tapi utk melupakan??ya Allah, kau kuatkanlah hati kami..tabahkanlah jiwa kami..
Kami redha utk segala perbuatannya kepada kami..kami pasrah!Moga segalanya kan berakhir esok..kuatkanlah hati2 kami utk menghadapi ujian hidup ini ya Allah..berkatilah kami utk segala amalan kebaikan kami,jauhkanlah kami dari segala kealpaan,murahkanlah segala rezeki kami,berikanlah kami kebahagiaan di dunia n jua akhirat..amin!
No comments:
Post a Comment