Thursday, September 30, 2010

-resipi dessert-



Bahan-bahan

  • Agar-agar satu peket
  • Air penuhkan 3/4 periuk (periuk yg saiz 'sedang')
  • Gula pasir secukup manis/rasa
  • Daun pandan sehelai dua
  • 2 biji telur ayam
  • 2 cawan santan pekat
  • Sedikit pewarna hijau

Cara-cara

  1. Basuh agar2 dan masukkan dlm periuk yg diletak air 3/4 penuh.

  2. masukkan juga gula pasir, daun pandan dan pewarna hijau ke dalam periuk dan biar mengelegak sampai agar2 hancur lebur

  3. Di satu mangkuk yg lain. Masukkan santan dan telur. Satukan hingga sebati.

  4. Apabila agar2 yg dlm periuk tadi betul2 dah hancur lebur, masukkan campuran santan dan telur tadi.

  5. Biarkan bhn menggelegak sekali sahaja, kacau dan tutup api.

  6. Masukkan dlm bekas yg disukai / loyang... biarkan sejuk dan boleh makan.

Puding Jagung

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan jagung manis
  • 3/4 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan susu cair
  • Koktail buah

Cara-cara

  1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
  2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah koktail dll.

Wednesday, September 29, 2010

-se1000 impian-

salam semua..rini teringin utk ku kongsi ttg impianku yg selama ni mmg ku idamkan..ntah tercapai @ x..p pepun, xsalah kita mmbina impian itu..n kiter usahakan utk menunaikannya..

Impianku adalah utk further my Phd kt oversea..maybe di London @ Uk @ Ireland @ California...hu3..

universiti yg paling famous kt sana..

Impian ni terbina sejak dulu time aku masih lg lam degree..tmbh2 lg ramai lecturer aku y smbung phd dieorg kt oversea..mem2 aku pon de yg further study kt sana..ber+ lagila keinginan aku tuk kesana..bukan sj aku leh study kt sana, p leh kenal pat org..bak kata pepatah, Jauh Perjalanan Luas Pemandangan..

haaaaa..niela tmpat y pling aku teringin nk pergi..

di samping impian tuk further my Phd study kt sana, p aku ade lg 1 impian..xdapat further study kt sana pon xpew,at least leh r g sana time study kt London ke mana2 university ke..


emm, try tgok peta tu..ada nmpak Madagascar x??hu3..its well known place rite??mmg teringin sgt nk pegi..actly, aku sdiri pon xthu nape aku teringin sgt nk g tmpt tu..emm mybe kecintaan aku pada sesuatu yg mmg dh tersurat dlm jiwaku..sukakan kecantikan, minat mengenali resmi manusia..



nice kan Mauritius Island nie..

1 lagi tempat yg aku rasa sume org len pon nk pegi..
semua taw tempat ni kan??

Makkah..sape yg xnk pegi??

ghari hira' (gua hira')

 batu tergantung

Al-kisah yg aku baca, in briefly la..semasa zaman kenabian dulu, Rasulullah telah mndpt wahyu utk Isra' Mikraj ke langit..lalu batu tersebut ingin ikut bersama Rasulullah tetapi tidak dibenarkan..

firaun

emmm..hope smua tu kan tercapai..amin!!

-special resipi dari Kelate-

sambal mangga/pauh

Bahan2:
- 3 ekor ikan sardin@ kembung (dibakar n amik ec)
- 2 biji pauh/mangga yg belum masak
- 10 tangkai cili api
- garam

Cara2:
- blend @ gunakan lesung tuk lumatkan ec ikan
- lumatkan cili api
- lumatkan mangga
- masukkan garam
- gaul

sambal mangga/ kuini belacan

Bahan2:
- 1 biji mangga masak/ kuini
- 3 tangkai cili besar (merah)
- sedikit belacan
- garam

Cara2:
- Lumatkan cili besar+mangga yg dimayang halus
- masukkan belacan n garam
- Hidangkan


acar timun

Bahan2: 
- 2 batang timun (dimayang halus/dipotong bulat n nipis)
- carrot (di potong nipis)
- kubis (dihiris halus)
- 3 tangkai cili merah/cili api (merah)
- 2 ulas bawang merah/besar
- cuka makan
- gula
- garam

Cara2: 
- gaulkan cuka+gula+garam+bwang merah yg dimayang halus
- masukkan timun+carrot+kubis
- gaul rata

sambal tempoyak

Bahan2:
- ec durian
- 15 tangkai cili api(merah)
- garam

Cara2:
- lumatkan kesemua bahan n gaul


~~~~~~~~~~~~best to try~~~~~~~~~~~

-tomyam special-


Bahan2:
- Pes tomyam
- ec ayam/daging
- 10 ekor udang
- 5 ekor sotong (dipotong)
- 2's fish cake
- 2 ulas bawang besar kuning (1 dimayang, 1 di blend)
- 1 biji tomato (blend)
- 3 tangkai cili merah (blend)
- 10 tangkai cili api
- bunga kubis
- carrot
- daun limau purut
- sebatang serai

Cara2:
- blend tomato+cili merah (utk kaler merah n menarik)
- tumiskan
- masukkan pes tomyam
- masukkan air
- masukkan daun limau purut yg dihiris halus+serai yg diketuk
- biarkan menggelegak
- masukkan cili api+ec ayam+udang+sotong+fish cake
- masukkan sayur

*bg sedap, taruk lengkuas

~~~~~~selamat mencuba~~~~~

Tuesday, September 28, 2010

-bapa ganas-

KUALA LUMPUR: “Anak sulung lelaki berusia 18 tahun terpaksa bergantung dengan ubat sejak setahun lalu kerana otak mengalami gegaran selepas kepalanya dihentak menggunakan rotan sebesar buluh lemang. Manakala anak kedua (15 tahun) sudah tiga kali patah tangan akibat dipukul.

“Malah, anak perempuan ketiga berusia 14 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) berbirat seluruh badan akibat dirotan. Hanya anak lelaki bongsu berusia 10 tahun terselamat daripada kekejaman suami,” kata seorang suri rumah berusia 39 tahun yang enggan namanya disiarkan.

Akibat tidak tahan dengan perbuatan suaminya selain bimbang keselamatan serta pencapaian anak sulung dan kedua yang masing-masing mendapat keputusan cemerlang iaitu 9A dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan 8A untuk Penilaian Menengah Rendah (PMR) baru-baru ini, suri rumah terbabit tampil membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk menghentikan kekejaman suaminya itu.

Wanita terbabit menceritakan kekejaman suaminya berusia 41 tahun yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah hotel kerana sering melepaskan kemarahan kepadanya, selain membelasah tiga anaknya itu sejak tujuh tahun lalu.

Difahamkan, suspek akan menggunakan rotan berkenaan sebagai ‘senjata’ untuk menghukum anaknya sekiranya dia mendapati mereka melakukan kesalahan.

Dalam kes terbaru di rumah mereka di Gombak, di sini, kelmarin, lelaki itu membelasah anak keduanya sehingga patah tangan kanan hanya kerana disebabkan kesalahan kecil.

Difahamkan, suspek berang selepas anak keduanya itu kononnya tidak mendengar arahannya supaya tidak membuat bising kerana dia mahu tidur selepas pulang bekerja.

Menurut suri rumah berkenaan, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, suaminya yang bagaikan dirasuk syaitan membelasah anak perempuannya itu hampir 20 minit.

“Walaupun saya cuba menenangkan suami, dia tidak mengendahkannya sebaliknya mengugut untuk mencederakan seluruh keluarga.

“Saya hanya menangis melihat kekejaman suami membelasah anak seperti binatang,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Menurutnya, anaknya itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, sebelum tangannya yang patah dirawat dan dibenarkan pulang ke rumah.

Katanya, kejadian itu bukan kali pertama berlaku terhadap anak-anaknya sebaliknya mereka sekeluarga bagaikan hidup dalam ‘neraka’ sejak tujuh tahun lalu.

“Anak sulung, bukan saja mengalami kemurungan kerana sering dibelasah sebaliknya dia terpaksa bergantung kepada ubat kerana otaknya mengalami gegaran akibat kepalanya dipukul bapanya.

“Anak ketiga yang juga OKU turut menjadi mangsa kekejaman suami. Mungkin kerana dia (bapa) tidak dapat menerima anaknya yang cacat itu menyebabkan dia sanggup memukulnya,” katanya.

Beliau berkata, suaminya yang dikahwini sejak 20 tahun lalu, sebelum ini seorang yang sopan dan mula berubah perwatakan sejak tujuh tahun lalu.

“Saya tidak tahu apa masalahnya, dia (suami) mula menjadi bengis dan pemarah atas kesalahan kecil sebelum memukul anak-anak,” katanya.

Sebaik menerima laporan itu, polis memberkas suspek di rumahnya bagi membantu siasatan.

Kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan difahamkan, lelaki terbabit akan dikenakan pertuduhan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan penahanan lelaki terbabit.

“Kami sudah merakamkan percakapan lelaki itu (suspek), pengadu (isteri suspek) termasuk mangsa (anak- anak suspek) bagi membantu siasatan. “Malah, kertas siasatan sudah lengkap dan kami (polis) bersedia untuk membuat pertuduhan,” katanya.

-cerita kedai kopi-


salam sumer..1st one, AL-FATIHAH disedekahkan kepada mereka yg telah tiada..
moga roh mereka dicucuri rahmat dariNYA..

nothing to share here, just i wanna take for a moment to remember+refresh+rethink about the death cases..
yg berlaku disekeliling kita..

makin hari makin byk kita dgr ttg kes2 kematian yg melibatkn pembunuhan..

baru2 ni kita tlh digemparkan dgn kes pmbunuhan kejam terhadap jutawan kosmetik malaysia iaitu Dato' Sosilawati. bersama 3 yg lain..n kemudian kes yg berlaku di port dickson iaitu pembunuhan seorang ustazah dan ank lelakinya..marilah sama2 kita ikutinya..

KES DATO' SOSILAWATI LAWIYA
usaha mencari:
Menurut sumber, telefon berkenaan diperoleh ketika operasi mencari bukti yang dilakukan selepas penemuan jam tangan berjenama milik Datuk Sosilawati Lawiya. Usaha mencari senjata digunakan bagi membunuh mangsa digiatkan pasukan forensik polis di kawasan itu dan dibantu unit gerakan Marin Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sungai Kanchung Laut di sini, semalam Dalam operasi bermula jam 12 tengah hari itu, forensik menemui satu lagi jam tangan turut mempunyai nombor siri menjadikan dua jam tangan ditemui sehingga semalam. 









Tiga suspek juga dilihat dikawal rapi Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, Kuala Lumpur yang dibawa bagi mengecam barangan ditemui.


Seorang daripada suspek dibawa ke lokasi itu selepas polis menggeledah pejabat firma guaman suspek utama kira-kira jam 2 petang.






Suspek dibawa kembali ke lokasi sungai berkenaan kira-kira jam 3.15 petang sebelum dilihat mencangkung di tepi jambatan mengecam barang ditemui.

Menurut sumber, polis sedang mencari besi tajam mencantas tandan kelapa sawit termasuk pencangkuk besi yang digunakan ketika menyembelih mangsa, namun masih belum ditemui sehingga petang semalam. Bagaimanapun, satu pisau ditemui pasukan penyelam forensik kira-kira jam 4.20 petang di sungai terbabit namun dipercayai tidak digunakan suspek apabila mereka tidak mengaku senjata berkenaan milik mereka. -HM

Kunci kereta ditemui

Sepasukan polis menemui ‘objek’ dipercayai kunci kereta selepas dua daripada lapan suspek yang ditahan dibawa ke lokasi asal penemuan kereta mewah jenis BMW X5 milik jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47 di Apartmen Angsana, USJ 1 di sini, semalam.

Polis tiba di lokasi berkenaan kira-kira jam 7.25 malam sebelum dua suspek terbabit membawa mereka ke kawasan semak kira-kira 50 meter dari tempat letak kenderaan apartmen itu.






Selepas 30 minit, suspek berpakaian lokap terbabit berhenti sambil diiringi polis di satu kawasan sebelum pemeriksaan lanjut menemui objek dipercayai kunci kenderaan mewah berkenaan dipercayai dibuang suspek.

Sementara itu, semua mangsa dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki lain dikatakan pada mulanya dipukul dengan kayu kriket dan senjata tumpul lain dengan tujuan melemahkan mereka sebelum tangan diikat menggunakan dawai.




Difahamkan semua mangsa yang dalam keadaan lemah itu dikatakan dibunuh seorang demi seorang dan tugas kejam terbabit diserahkan kepada seorang daripada lapan lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung kes kehilangan empat mangsa itu.

“Tubuh mereka dilumur dengan tahi lembu sebelum semua mangsa dibakar bagi menghilangkan bukti kes pembunuhan kejam terbabit.





laknat lah ko setan!!




“Suspek yang melakukan perbuatan ini boleh dianggap kejam dan langsung tidak berhati perut kerana membiarkan mangsa menderita sebelum menemui ajal.

“Malah, mereka diperlakukan umpama haiwan hanya kerana sikap suspek yang dikatakan terlalu tamak dengan wang ringgit,” katanya. -HM

 Pembunuhan Berlaku Pada 30 Ogos 10.30 malam

Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang bersamanya, dikatakan dibunuh, kira-kira jam 10 malam, 30 Ogos lalu, iaitu pada hari sama keempat-empat mangsa dilaporkan menemui seorang peguam bergelar Datuk di Banting, Selangor, untuk urusan jual beli tanah.

Perkara itu didedahkan suspek hasil soal siasat yang dilakukan polis, sekali gus menolak teori kononnya Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44, peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38, masih hidup selepas tiga hari kehilangan mereka dilaporkan.






Menurut sumber, kira-kira dua jam sebelum dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, Noorhisyam dipaksa menelefon isterinya, Suzana Radin Pangat, 38, bagi memaklumkan beliau akan pulang selepas tiga hari.


“Tempoh tiga hari yang dinyatakan itu mungkin taktik kumpulan penjenayah itu untuk menghapuskan segala bukti sebelum ahli keluarga mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangan mereka,” katanya kepada Berita Harian.




 

Beliau berkata, Sosilawati dan dua lagi mangsa pula tidak dibenarkan menelefon keluarga masing-masing kerana kumpulan penjenayah itu percaya maklumat yang disampaikan Noorhisyam akan disebarkan kepada semua keluarga mangsa terbabit.

“Hanya Noorhisyam dibenar menghubungi isterinya, tetapi dengan kawalan dan pengawasan ketat kumpulan penjenayah terbabit menyebabkan panggilan itu berlaku dalam keadaan tergesa-gesa.

“Sebab itu, Noorhisyam dalam perbualan dengan isterinya antara lain meminta maaf dan mengaku tidak dapat memberitahu apa yang berlaku terhadapnya dan berjanji untuk menceritakan segala-galanya selepas tempoh tiga hari,” katanya kepada Berita Harian. 
Akhbar sebelum ini melaporkan, Suzana menerima panggilan daripada suaminya pada jam 8.15 malam, 30 Ogos lalu.

Suzana berkata, beliau hairan kerana suaminya bercakap dalam keadaan tergesa-gesa tetapi beliau tidak membuat laporan polis kerana suaminya akan pulang tiga hari lagi.

Pembunuhan kejam Sosilawati bersama tiga individu itu hanya terbongkar pada 10 September lalu selepas lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya juga seorang peguam, ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan mangsa.






Sumber berkata, Sosilawati dan tiga individu itu dipercayai dibunuh kerana penjenayah itu menghadapi kesukaran untuk menjaga mangsa serta bimbang dikesan polis.

“Siasatan terperinci sedang dilakukan bagi memastikan sama ada terdapat individu lain terbabit dalam kes pembunuhan kejam ini serta kaitan lapan suspek yang ditahan itu dengan kes berkenaan dan kehilangan empat individu lain yang dilaporkan hilang sejak setahun lalu.

“Bahan bukti yang diperoleh sedang dikumpul untuk dilakukan ujian forensik. Siasatan awal pula mendapati motif pembunuhan itu mempunyai kaitan dengan masalah perniagaan, tetapi siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

KRONOLOGI


Detik sebelum dibunuh

10 pagi: Sosilawati memasuki pejabatnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
4 petang: Membeli kerepek di Kampung Sungai Lang, Banting.
5 petang: Kamaruddin menghubungi anak saudaranya, Khairul Izuan Ismail.
5-6 petang: Sosilawati menghantar SMS kepada suami memberitahu dia ke Banting.
8.15 malam: Noorhisham menelefon isterinya, Suzana Radim Pangat.
10 malam: Keempat-empat mangsa dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting. -BH 

Zink Alas Membakar Mangsa Ditemui

enam keping atap zink yang mempunyai kesan terbakar, dipercayai digunakan suspek sebagai alas ketika membakar mangsa kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, ditemui penyelam Pasukan Gerakan Marin, di Sungai Gelanggang Buaya, di Kampung Kelanang, dekat sini, petang semalam.





Penemuan atap zink itu hasil soal siasat dua suspek yang turut dibawa oleh polis ke kawasan pencarian pada jam 5.20 petang semalam.

Polis juga menemui dua jam tangan termasuk jenama mewah Rolex dan Longines serta seutas jam tangan Seiko, dipercayai milik mangsa dalam Sungai Kanchong Laut, di sini. 


Jam lelaki berjenama mewah yang mempunyai nombor siri dipercayai milik seorang daripada tiga lelaki yang dibunuh, manakala Rolex dipercayai milik Sosilawati. Turut ditemui ketika operasi mencari ialah sebilah pisau dan sebatang besi, tetapi tiada kaitan dalam kes berkenaan. 

Difahamkan, polis sedang mencari besi cangkuk sawit yang dikatakan digunakan untuk membunuh keempat-empat mangsa berkenaan. Penyelam dilihat menggunakan alat pengesan besi bagi mengesan senjata dan barang peribadi yang dipercayai dibuang di kawasan berkenaan. .




muka macam setan!!!


Ketika operasi, polis turut membawa tiga suspek bagi memudahkan pengecaman barang yang dijumpai dan mereka hanya menggeleng atau menganggukkan kepala apabila ditunjukkan barang yang ditemui. 


Selain anggota polis dan petugas media, penduduk kampung dan orang awam turut berkumpul di tepi jalan berhampiran lokasi pencarian untuk melihat lebih dekat operasi, manakala anggota Trafik mengawal lalu lintas dan menghalang orang ramai daripada berkerumun lebih dekat di kawasan operasi. 

Sementara itu, tiga kenderaan Pasukan Penyiasat Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat dilihat memasuki kawasan Ladang Gadong dekat sini, kira-kira jam 5.50 petang bagi membantu polis menyiasat kes bunuh dan bakar itu. 






Dalam pada itu, seorang suspek dibawa ke dalam semak berhampiran Apartmen Angsana, Taman Subang Mewah di Subang Jaya iaitu tempat kereta BMW milik Sosilawati ditemui, bagi mencari barang kes dipercayai kunci kereta mewah berkenaan. 

Selepas hampir setengah jam berada di kawasan semak itu, polis menemui barang kes yang mungkin boleh dijadikan bukti. 




KES PEMBUNUHAN USTAZAH, PORT DICKSON


Seremban, 14 Sept (Bernama) -- Polis merungkai kes pembunuhan seorang ustazah dan anaknya di rumah mereka di Port Dickson pada 2 Sept lalu yang dipercayai dilakukan oleh jiran mereka. Jirannya itu seorang lelaki berumur 34 tahun dikatakan membunuh dan menyamun Norliza Ishak, 35 dan anak lelakinya Amirul Ayman Mohd Yusof, 10, bagi mendapatkan wang untuk melangsaikan hutangnya.

Suspek dijangka dihadapkan ke mahkamah esok atas tuduhan membunuh. "Jiran mereka dipercayai mempunyai masalah kewangan selepas tidak mendapat kontrak pemasangan paip gas sejak beberapa lama. Hasil samun terhadap mangsa telah digunakan untuk membayar pembayaran suspek yang tertunggak seperti pembayaran rumah, kereta dan sebagainya," kata Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh.

Antara barangan yang disamun suspek ialah dua utas rantai tangan, seutas rantai leher serta loket, wang tunai, komputer bimbit, alat permainan milik anak mangsa dan tiga telefon bimbit. Suspek kemudiannya ditahan di rumah neneknya di Port Dickson pada 5 Sept lalu. Osman berkata lelaki tersebut memang mengenali mangsa kerana dia tinggal bersebelahan dengan rumah mangsa. "Lelaki terbabit dikatakan telah memperdaya mangsa kononnya rumahnya terkunci dan mahu memasuki rumahnya melalui dapur mangsa. Mangsa kemudiannya membenarkan lelaki itu masuk ke dalam rumahnya.

"Sebaik sahaja masuk, lelaki terbabit telah menghentak mangsa dengan sikunya dan anak mangsa yang melihat kejadian itu telah menjerit yang turut didengar oleh jiran mangsa yang lain tetapi tetapi tidak diendahkan," katanya. Osman berkata kedua-dua anak beranak itu kemudian ditutup kepala mereka dengan kain sebelum dihumban ke dalam bilik air. Kedua-dua mangsa dipercayai meninggal dunia kerana tidak dapat bernafas. Polis turut mendapati kesan kecederaan pada kemaluan mangsa.

Mayat kedua anak beranak itu ditemui oleh rakan Norliza yang datang ke rumahnya pada keesokan hari selepas kejadian. Suami mangsa ketika kejadian sedang berada di luar negara. - 





BILA mengingatkan kembali semua kes tersebut, rasa cam nk je bunuh pembunuh tu..terlalu kejam manusia sekarang..aku dpt 1 sumber mgtakan ustazah tersebut bkn shj dirompak n dbunuh, malah dia di rogol sebelum dibunuh.manakala anak lelakinya yg berumur 10 thun diliwat..Astaghfirullahala'zim...sama2 lah kita memohon agar mereka yg menjadi mangsa kekejaman tersebut dicucuri rahmat dariNYA..ingatlah, PENJAHAT ADA DIMANA-MANA..berhati-hatilah..

-lamankreatif.net-

hi everybody..today i just wanna share about the lamankreatif.net..so sesape yg mmg de minat yg sm cm aku @ yg nk kwin ke per, leh r join tgok..jom..


Bunga Pahar:







Monday, September 27, 2010

-golongan lelaki yg akan ke neraka-


TOPIK: GOLONGAN LELAKI YG BAKAL MENGHUNI NERAKA

1- Ayahnya
a) Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia.
b) Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya.
c) Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....
d) Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

2-Suaminya
a) Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya.
b) Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiamkan diri..walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh,puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

3-Abang-abangnya
a) Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepada abang-abangnya pula. .jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dariajaran ISLAM ..tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

4- Anak Lelakinya
a) Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yangharam dari islam, maka anak itu akan disoal dandipertanggungjawabkan diakhirat kelak....... nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah /suami /abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar.

FirmanALLAH S.W.T.:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI APINERAKA,DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU... .."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri...jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..
Ayuh kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik.